Home

Majlis Perasmian KARNIVAL MBMMBI Kali Ke-6/2018, Kem Membaca 1 MALAYSIA, Pelancaran NILAM & Penyerahan Sumbangan Buku dari UiTM Cawangan Perak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada 9 April 2018 yang lalu Karnival MBMMBI Kali ke-6 , Kem Membaca 1 Malaysia dan  Pelancaran NILAM SMKSI telah dirasmikan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang dihormati  Profesor Madya Dr Mohd Sabrizaa bin Abd Rashid, Ketua Penyelidik, Center for Knowledge & Understanding of Tropical Architecture & Interior (KUTAI) yang berpusat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Perak.

Read more: Majlis Perasmian KARNIVAL MBMMBI Kali Ke-6/2018, Kem Membaca 1 MALAYSIA, Pelancaran NILAM &...

Perbengkelan Pembestarian Tokoh Nilam Kebangsaan Siri 1/2018

Pelajar SMKSI Siti Khadijah binti Mokhtar akan mewakili negeri Perak Darul Ridzuan dalam Anugerah NILAM peringkat kebangsaan kategori Sekolah Menengah Bahasa Melayu pada 23 April hingga 28 April 2018 akan datang. Pn. Sormon (SMK Convent Taiping) dan Dr. Hasnah (dari IPG Ulu Kinta) telah menjadi jurulatih bagi melatih dan membuat persediaan peserta dari segi penulisan, gaya pengucapan dan penampilan diri. SMK Seri Iskandar menyatakan rasa bangga dan terus mendoakan kejayaan buat Siti Khadijah untuk mengharumkan nama Negeri Perak Darul Ridzuan sekaligus mengangkat nama SMK Seri Iskandar.

Kejohanan Balapan & Padang 2018 SMK Seri Iskandar

Pada 22 Februari 2018, SMK Seri Iskandar telah mengadakan Kojohanan Balapan & Padang di peringkat sekolah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Mustafa bin Mohamad, Ahli Majlis Daerah Perak Tengah. Acara dimulakan dengan perbarisan rumah-rumah sukan dan unit beruniform serta persembahan pasukan sorak setiap rumah sukan.

Read more: Kejohanan Balapan & Padang 2018 SMK Seri Iskandar

SMK Seri Iskandar Johan Pertandingan Keceriaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat Negeri Perak

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2017 pada tahun ini, SMK Seri Iskandar telah dinobatkan Johan Pertandingan Keceriaan kategori Sekolah anjuran Jabatan Penerangan Malaysia buat kali kedua berturut-turut peringkat negeri Perak. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di Dewan Bandaran Ipoh selepas tamat perarakan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak.

Kejayaan ini dikongsi bersama dengan semua warga SMK Seri Iskandar yang telah membuat persiapan awal dan bertungkus-lumus bagi menyertai pertandingan tersebut. Sekolah juga telah menjadi wakil negeri Perak ke peringkat kebangsaan pada tahun 2016 tetapi hanya penyertaan sahaja. Warga SMK Seri Iskandar mengharapkan pada tahun ini buat kali kedua agar berjaya menjadi johan peringkat kebangsaan.

 

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Home. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free