Home

Majlis Perasmian KARNIVAL MBMMBI Kali Ke-6/2018, Kem Membaca 1 MALAYSIA, Pelancaran NILAM & Penyerahan Sumbangan Buku dari UiTM Cawangan Perak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada 9 April 2018 yang lalu Karnival MBMMBI Kali ke-6 , Kem Membaca 1 Malaysia dan  Pelancaran NILAM SMKSI telah dirasmikan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang dihormati  Profesor Madya Dr Mohd Sabrizaa bin Abd Rashid, Ketua Penyelidik, Center for Knowledge & Understanding of Tropical Architecture & Interior (KUTAI) yang berpusat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Perak.

 

SMK Seri Iskandar juga amat bertuah kerana telah menerima 10 naskah buku yang berjudul RUMAH KUTAI: DOCUMENTATION OF MEMORIES. Buku setebal 120 halaman itu merupakan hasil kajian beliau selama hampir 20 tahun ke atas rumah-rumah tradisional Negeri Perak. Terima kasih, tuan.

Saban tahun Karnival ini telah dilaksanakan dengan kerjasama daripada 8 panitia mata pelajaran yang di bimbing oleh Guru Kanan Bahasa, Pn Hajah Noor Asiah bt Ismail, Guru Kanan Sains, Pn Hajah Nor hayati bt Harun juga turut melibatkan Guru Perpustakaan dan Media Pn Hajah Nurul Rofisah bt Md Saad. Aktiviti, pertandingan dan bengkel yang telah dirancang melibatkan semua warga SMKSI tidak ketinggalan murid-murid Pendidikan Khas.Program-program yang dirancang  mendapat komitmen yang baik daripada  barisan pentadbir sekolah yang diterajui oleh Pn Mashitah bt Ismail, AMN, selaku Pengetua sekolah.

Pengahkir kata, besarlah harapan saya selaku penyelaras bersama Karnival, program sedemikan dapat diteruskan pada tahun-tahun hadapan dengan kerjasama yang baik daripada semua warga SMKSI.

 

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Majlis Perasmian KARNIVAL MBMMBI Kali Ke-6/2018, Kem Membaca 1 MALAYSIA, Pelancaran NILAM & Penyerahan Sumbangan Buku dari UiTM Cawangan Perak.. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free