Home

SMK Seri Iskandar Johan Pertandingan Keceriaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat Negeri Perak

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2017 pada tahun ini, SMK Seri Iskandar telah dinobatkan Johan Pertandingan Keceriaan kategori Sekolah anjuran Jabatan Penerangan Malaysia buat kali kedua berturut-turut peringkat negeri Perak. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di Dewan Bandaran Ipoh selepas tamat perarakan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak.

Kejayaan ini dikongsi bersama dengan semua warga SMK Seri Iskandar yang telah membuat persiapan awal dan bertungkus-lumus bagi menyertai pertandingan tersebut. Sekolah juga telah menjadi wakil negeri Perak ke peringkat kebangsaan pada tahun 2016 tetapi hanya penyertaan sahaja. Warga SMK Seri Iskandar mengharapkan pada tahun ini buat kali kedua agar berjaya menjadi johan peringkat kebangsaan.

 

Copyright © 2017 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 SMK Seri Iskandar Johan Pertandingan Keceriaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat Negeri Perak. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free