Home

Majlis Anugerah Gemilang Akademik SMK Seri Iskandar Kali Ke-16 2017

Bersyukur ke hadrat illahi Majlis Anugerah Gemilang Akademik SMK Seri Iskandar kali ke-16 telah dapat dilaksanakan dengan meriah dan gemilang yang telah diadakan di Iskandar Ballroom, D’Hotel Seri Iskandar pada 14 April 2017(Jumaat) bermula jam 8.30 pagi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Rosli Bin Ahmad, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran En. Zaudi Bin Hj, Lebai Mat, Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, En. Mahamad Ali Bin Kamijis, YDP PIBG, AJK PIBG, ibu bapa dan penjaga murid yang terlibat serta tetamu jemputan yang lain.

 

Majlis Anugerah Gemilang Akademik pada tahun ini adalah bertemakan pakaian tradisional warna kuning keemasan, hitam dan green forest. Kehadiran tetamu jemputan telah disambut dengan tepak sireh, sireh junjung, pulut kuning dan rendang serta ditaburi dengan bunga rampai di pintu masuk dewan.  Majlis tersebut bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan disusuli dengan bacaan doa oleh adik Mohd Ilham bin Amir Hamzah. Majlis juga turut dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian daripada  kumpulan “The Stupendous“ yang terdiri daripada 5 orang pelajar hasil didikan En. Azizan Bin Bakri.

Majlis kemudiannya mendengar ucapan daripada Pn. Mashitah Binti Ismail, Pengetua SMK Seri Iskandar, ucapan En. Mahamad Ali Bin Kamijis, Yang Dipertua PIBG SMK. Seri Iskandar, serta ucapan perasmian daripada Tn. Hj. Mohd Rosli Bin Ahmad, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak. Majlis  juga bertambah seri dan meriah dengan persembahan gimik dan montaj sebagai tanda perasmian telah dilaksanakan. Disamping itu, kumpulan gamelan sekolah mengiringi setiap anugerah yang disampaikan kepada penerima anugerah.

Penyampaian anugerah ini terdiri pelbagai kategori seperti Anugerah Gemilang Setiap Tingkatan, Anugerah Galakan Setiap Tingkatan, Anugerah Akademik Pendidikan Khas, Anugerah Gemilang Mata Pelajaran Terbaik, Anugerah Gemilang Peperiksaan Awam, Anugerah Khas Guru bagi Kehadiran Penuh 100%, Anugerah Gemilang Panitia ( PT3 yang telah mencapai tahap) dan SPM ( lulus 100% ).  Disamping itu, Anugerah Lonjakan Panitia bagi kategori Lonjakan Peningkatan GPMP dan Lonjakan Peningkatan Kualiti turut diberikan kepada guru-guru yang terlibat. Ke semua anugerah ini telah disampaikan oleh En. Zaudi Bin Hj. Lebat Mat,PPD Perak Tengah dan Tn. Hj. Mohd Rosli bin Ahmad, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak.

Segulung ucapan tahniah diucapkan kepada semua penerima hadiah dan anugerah sempena Majlis Anugerah Gemilang Akademik SMK Seri Iskandar kali ke-16 bagi tahun 2017.  Ucapan tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua Jawatankuasa AGA kerana atas kerjasama dan komitmen maka majlis ini dapat dilaksanakan dengan lancar, meriah dan gemilang.

 

Copyright © 2017 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Majlis Anugerah Gemilang Akademik SMK Seri Iskandar Kali Ke-16 2017. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free