Home

Majlis Perasmian Penutupan Karnival MBMMBI Kali Ke-5 dan Kem Membaca 2017

Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara,

Pemanis kalam selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Syukur ke hadrat illahi tahun ini sekali lagi Karnival MBMMBI dapat dilaksanakan dengan jayanya berkat usaha dan kerjasama semua 8 panitia mata pelajaran yang dibimbing oleh Guru Kanan Sains , Guru Kanan Bahasa SMK Seri Iskandar serta komitmen daripada Guru Perpustakaan Media yang turut serta dalam merasmikan perasmian penutupan Program Kem Membaca 1 Malaysia yang dianjurkan bersekali dengan Karnival MBMMBI. Juga kepada pihak pentadbir sekolah yang diterajui oleh Pn. Mashitah binti Ismail,AMN , selaku Pengetua sekolah ini.

Majlis Perasmian Penutupan Karnival MBMMBI Kali ke-5 dan Kem Membaca ini telah disempurnakan oleh En.Muhammad Munis bin Musa, Penolong PPD Bahasa Inggeris (Menengah) Daerah Perak Tengah. Turut diserikan dengan kehadiran En.Abu Hassan bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Honey Vacation Travel and Tours Sdn Bhd. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Honey Vacation telah menyumbang sebahagian besar hadiah untuk aktiviti Panitia Bahasa Inggeris yang berupa buku dan novel berbahasa Inggeris serta alat tulis.

Karnival  bermula dengan aktiviti Bidang Bahasa,  13 - 31 Mac 2017 aktiviti Bidang Sains dan Matematik 27 Mac - 6 April 2017 aktiviti Kem Membaca PSS mulai 4 -10 April manakala aktiviti Pendidikan khas juga bermula 13 hingga 31 Mac 2017.Karnival MBMMBI dan KEM Membaca melibatkan semua warga SMKSI. Murid-murid yang berminat mengikuti segala aktiviti,program dan pertandingan dengan bimbingan guru mata pelajaran. Terima Kasih kepada semua warga SMKSI, barisan pentadbir, guru-guru Bidang Bahasa dan Bidang Sains Matematik, semua guru dan semua anak didik. Juga  besarlah harapan saya selaku penyelaras agar Karnival dapat dilaksanakan saban tahun dengan jayanya.

 

Copyright © 2017 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Majlis Perasmian Penutupan Karnival MBMMBI Kali Ke-5 dan Kem Membaca 2017. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free