PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA ( 2016 – 2020)

Objektif & Pendekatan Kajian Semula:

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan system.

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk system pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun akan datang.

3. Menggariskan program transformasi system pendidikan, yang merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan masyarakat yang meningkat, menyemarak serta menyokong keseluruhan transformasi perkhidmatan awam.

ANJAKAN UTAMA TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA:

ANJAKAN 1:   Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf  Antarabangsa.

ANJAKAN 2:   Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

ANJAKAN 3:   Melahirkan Rakyat Malaysia Yang Menghayati Nilai.

ANJAKAN 4:   Mentransformasikan Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan.

ANJAKAN 5:   Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah.

ANJAKAN 6:   Mengupaya JPN PPD Dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan.

ANJAKAN 7:   Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Di Malaysia

ANJAKAN 8:   Mentransformasikan Kebolehupayaan Dan Kapasiti Penyampaian Kementerian.

ANJAKAN 9:   Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti Dan Sektor Swasta Secara Meluas.

ANJAKAN 10: Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit.

ANJAKAN 11: Meningkatkan Ketelusan Untuk Akauntabiliti Awam Secara Langsung.

 

Copyright © 2017 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 PPPM 2016-2020. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free