Home

Hari Anugerah Gemilang Kokurikulum 2016

Pada 31 Julai 2016 telah berlangsung Hari Anugerah Gemilang Kokurikulum 2016 yang telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Azuwan bin Ismail, Penolong PPD Hal Ehwal Murid, Unit Pembangunan Kemanusian PPD Perak Tengah. Majlis bermula dengan memeriksa perbarisan tabik hormat oleh semua Unit Beruniform.

Majlis diserikan dengan gimmik perasmian oleh pasukan kasut beroda yang terdiri dari murid-murid SMK Seri Iskandar. Persembahan band SMK Seri Iskandar dari Kelab Muzik SMKSI dan persembahan Dabus dari pasukan Pengakap SMKSI turut menyerikan majlis. Semua murid, guru serta semua unit Kokurikulum  yang cemerlang pada tahun ini telah diberikan anugerah. Pihak sekolah berharap agar semua guru dan murid SMK Seri Iskandar akan terus EXCELLENT dalam bidang Kokurikulum.

Copyright © 2017 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Hari Anugerah Gemilang Kokurikulum 2016. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free