Home

Sambutan Hari Raya KGKT & PIBG 2016

Pada 29 Julai 2016 bertempat di Dewan Orkid 1 Billion Seri Iskandar Kelab Guru & Kakitangan SMK Seri Iskandar bersama PIBG telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya. Majlis bermula jam 3.00 petang turut meraikan guru-guru yang telah bertukar sekolah dan tamat perkhidmatan.

Pihak KGKT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang sudi memeriahkan majlis tersebut dan berharap ianya akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim warga sekolah. Pihak KGKT juga mengucapkan kepada guru yang telah bertukar atas khidmat bakti mereka sepanjang mendidik anak-anak didik SMK Seri Iskandar. Bagi yang telah tamat perkhidmatan pihak KGKT mengucapkan selamat bersara.

Majlis yang sederhana ini berjalan dalam suasana meriah dan jalinan ukhwah KGKT dan PIBG bertambah kukuh. Di akhir majlis semua warga sekolah dan PIBG telah bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan dan berakhir pada pukul 4.30 petang.

 

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Sambutan Hari Raya KGKT & PIBG 2016. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free