Home

Perkhemahan Perdana Kokurikulum 2016

Pada 30 dan 31 Julai 2016, unit Kokurikulum SMK Seri Iskandar telah mengadakan perkhemahan perdana untuk semua Unit Beruniform. Perkhemahan tersebut melibatkan 7 unit iaitu Pengakap, Pandu Puteri, Puteri Islam, PKBM(L), Kadet Polis, Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah yang melibatkan 98 orang murid.

Berbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan iaitu Mencari Harta Karun, Ceramah Pertolongan Cemas, Sukaneka, Ceramah Motivasi, Perbarisan Tabik Hormat dan Anugerah Gemilang Kokurikulum. Matlamat perkhemahan ini adalah untuk membina keyakinan diri murid apabila berhadapan dengan situasi. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan dan menanam sikap berdikari.

Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai objektif serta dapat memberikan peluang kepada murid menonjolkan kemampuan diri mereka.

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Perkhemahan Perdana Kokurikulum 2016. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free