Home

Majlis Sambutan Hari Lahir April 2016

Majlis Sambutan Hari Lahir , 7 April 2016 iaitu pada hari Khamis yang lalu merupakan salah satu Program Guru Penyayang, anjuran Unit Bimbingan Kaunseling SMKSI. Majlis sambutan pada kali ini merupakan kali kedua yang diadakan pada tahun ini. Majlis yang diamanahkan pada kali ini di jayakan oleh guru-guru Bidang Bahasa iaitu guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Majlis dimulakan dengan mempersilakan murid-murid yang menyambut hari jadi pada tarikh 4 hingga 8 April 2016 naik ke pentas utama. Seramai 14 orang murid diraikan. Seterusnya mempersilakan pula guru-guru yang menyambut hari lahir sepanjang bulan April untuk naik ke pentas, seramai 8 orang guru telah diraikan. Doa dibacakan. Tuan Pengetua, Pn Mashitah bt Ismail, Pn Hjh Noor Asiah bt Ismail menyempurnakan gimik majlis diiringi oleh Guru Kanan Bahasa dan seterusnya mendahului upacara memotong pulut kuning, kek cokelat dan kek karot.

Tuan Pengetua dengan besar hati menyuapkan pulut kuning kepada anak-anak murid yang diraikan juga kepada para guru. Seterusnya hadiah harijadi diberikan kepada murid-murid. Bagi mengakhiri majlis yang penuh bermakna ini sesi bergambar beramai-ramai telah dirakamkan. Selamat Hari Lahir kepada yang menyambut Hari Lahir.

TAHNIAH dan terima kasih kepada semua AJK Pelaksana juga tidak lupa terima kasih kepada individu-individu yang membuat kejutan pada hari tersebut.Pn Tajunijah yang memeriahkan Pentas Utama, dengan kejutan kek buat Puteri tersayang juga Pn Hajah Norhayati yang mengetuai sumbangan hadiah Hari Lahir.

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Majlis Sambutan Hari Lahir April 2016. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free