Home

Majlis Perasmian Karnival MBMMBI SMK Seri Iskandar 2016

Pada tanggal 21 Mac 2016, bersamaan hari Isnin telah berlangsung Perasmian Karnival MBMMBI SMK Seri Iskandar 2016 yang disempurnakan oleh Yang Berusaha Pn Mashitah bt Ismail, AMN. Tema Karnival iaitu “Ke Arah Merealisasikan Dasar MBMMBI “. Karnival  tersebut merupakan kali ke - 4, iaitu karnival kali pertama telah diadakan pada tahun 2013. Setiap tahun karnival ini melibatkan  8 panitia iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Sains, Panitia Matematik, Panitia Kimia, Biologi, Fizik, Matematik Tambahan dan juga  Kelas Pendidikan Khas.

 Persembahan Bicara Berima

Karnival  bermula dengan aktiviti Bidang Bahasa, mulai 21- 25 Mac 2016. Aktiviti Panitia Bahasa Melayu antaranya ialah Sudut Peribahasa, penulisan esei, deklamasi sajak, dendangan syair , penghasilan buku skrap, maksud peribahasa, shahiba dan bengkel KOMSAS. Manakala aktiviti Panitia Bahasa Inggeris ialah karaoke, language hunt, public speaking, crossword puzzle dan scrabble.

Karnival akan diteruskan dengan aktiviti Bidang Sains dan Matematik , mulai 28 Mac hingga 1 April 2016.Panitia Matematik menyediakan pertandingan G Math, kuiz matematik, bijak sifir, kolaj geometric, rekacipta model dan eksplorasi matematik. Tidak kurang juga aktiviti Panitia Sains seperti inovasi sains dan kejuruteraan, pelancaran roket, kereta solar, bot solar, dapur solar juga amali sains.

 Barisan guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Karnival MBMMBI melibatkan semua warga sekolah SMK Seri Iskandar. Murid-murid yang berminat akan mengikuti segala aktiviti, program dan pertandingan dengan bimbingan guru mata pelajaran. Diharapkan semua yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar. Terima Kasih kepada semua warga sekolah SMK Seri Iskandar , barisan pentadbir, guru-guru Bidang Bahasa dan Bidang Sains Matematik, semua guru dan semua anak didik.

 

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Majlis Perasmian Karnival MBMMBI SMK Seri Iskandar 2016. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free