Home

Pelancaran NILAM SMK Seri Iskandar Tahun 2016

Pusat Sumber Sekolah SMK Seri Iskandar telah melancarkan NILAM pada hari Rabu 03 Februari 2016.Pelancaran ini dijalankan bersama-sama Jom Jelajah Sekolah Blink di bawah kelolaan PTS Berhad, serta turut menampilkan Novelis yang bernama Alam Anuar. Murid-murid ikut serta pelancaran NILAM ini di tapak perhimpunan Dataran Bestari.

Majlis dimulakan dengan upacara perasmian oleh Pn. Mashitah Bt. Ismail, Pengetua SMK Seri Iskandar diikuti dengan sesi bersama Novelis Alam Anuar dalam masa 20 minit.Murid-murid kelihatan teruja dengan kehadiran novelis ini.Majlis kemudiannya diiringi dengan nyanyian lagu NILAM dan selingan upacara penyampaian sumbangan buku oleh PTS kepada pihak sekolah.

Pelancaran NILAM pada tahun ini dimeriahkan lagi dengan bengkel penulisan novel yang disampaikan oleh Novelis Alam Anuar di ruang legar blok Dedikasi yang berlangsung selama 2 jam.Jualan buku juga diadakan oleh pihak PTS di ruang Legar Blok Dedikasi dengan diskaun yang menarik untuk murid-murid SMKSI.Pihak Pusat Sumber Sekolah akan mengadakan lagi aktiviti membaca seperti ini untuk diadakan sepanjang tahun 2016.

Program NILAM ini diharapkan dapat mendorong murid-murid untuk menjadikan membaca itu satu budaya dan seterusnya menjadi kebiasaan.Membaca itu bukan lagi paksaan tetapi membaca itu menjadi kebiasaan.

 

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Pelancaran NILAM SMK Seri Iskandar Tahun 2016. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free