Home

Lawatan Berinformasi dan Perkongsian Ilmu Antara SMK Seri Iskandar Perak & SMK Wangsa Melawati Kuala Lumpur


Pada 12-13 Oktober 2015, Panitia Landskap dan Nurseri SMK Seri Iskandar telah mengadakan program pemantapan mata pelajaran Landskap dan Nurseri dengan mengadakan lawatan berinformasi dan perkongsian ilmu dengan SMK Wangsa Melawati,Kuala Lumpur. Rombongan lawatan diketuai oleh En. Awalluddin b. Bakri (Ketua Panitia Landskap dan Nurseri) dan turut disertai oleh Pn. Aminah bt Sastro dan En. Mohd Mazani b. Bedordin selaku guru pengiring.

 

Program yang dilaksanakan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan kepakaran dalam bidang Landskap dan Nurseri. Aktiviti lawatan selama 2 hari bermula pada 12 Oktober 2015 dengan lawatan ke Putrajaya  dengan mengunjungi landskap-landskap yang menarik seperti Taman Botani, Taman Warisan, dan kawasan sekitar Masjid Putra. Pada 13 Oktober 2015 mulai pukul 8.30 pagi – 1.00 petang, aktiviti di SMK Wangsa Melawati dimulai dengan bengkel Teknik Menjawab Soalan yang disampaikan oleh En. Awalluddin b. Bakri (Guru cemerlang Landskap & Nurseri) dan diikuti demonstrasi dan penghasilan terarium oleh Pn. Hazlila bt Ibrahim (Guru Landskap & Nurseri SMK Wangsa Melawati).Murid-murid melaksanakan secara ‘hands on’ penghasilan terarium tersebut.

Dengan kerjasama yang telah terjalin, pihak sekolah berharap program ini dapat meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Landskap & Nurseri bagi kedua-dua buah sekolah dan  seterusnya merealisasikan harapan sekolah dan panitia iaitu pencapaian cemerlang dalam mata pelajaran tersebut dalam SPM 2015.

 

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Lawatan Berinformasi dan Perkongsian Ilmu Antara SMK Seri Iskandar Perak & SMK Wangsa Melawati Kuala Lumpur. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free