Home

Anugerah Gemilang Akademik SMKSI 2015

 

Mengambil tema “Songket”, Majlis Anugerah Gemilang Akademik SMK Seri Iskandar telah diadakan pada 30 April 2015 (Khamis) telah dilangsungkan pertama kalinya di Dewan Serbaguna Seri Iskandar. Sebelum jam 2.00 petang, guru-guru SMK. Seri Iskandar dan murid-murid yang terlibat telah hadir ke Dewan  Serbaguna ini bagi mempersiapkan diri sebelum majlis bermula. Kehadiran penerima anugerah yang terdiri daripada murid-murid SMKSI, murid yang cemerlang dalam Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2014 serta ibu bapa dan penjaga mereka turut hadir sebelum majlis bermula.

          Kehadiran En. Azmi Bin Dahali, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Perak disambut dengan paluan pasukan kompang  sekolah di bawah pimpinan Encik Mohd Suhaimi bin  Mohd Zain untuk mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat. Perasmi juga diiringi masuk oleh pasukan bunga manggar yang turut membawa sirih junjung yang telah dihias cantik. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diteruskan  dengan pimpinan bacaan doa oleh Saudara Khairil Asyraaf bin Abdul Aziz  dari kelas 4KG3. Sejurus selepas itu, hadirin dihiburkan dengan persembahan pertama dengan penampilan pasukan cilik dari kumpulan Tari Anak Warisan yang mempersembahkan tarian zapin. Kumpulan yang baru ditubuhkan ini adalah bimbingan Pn. Rokiah Mat Nusi dengan kerjasama dari pihak UTP.

Majlis tersebut diteruskan dengan ucapan daripada Yang Dipertua PIBG SMK. Seri Iskandar, Encik Mahamad Ali bin Kamijis. Seterusnya, ucapan  oleh Puan Mashitah bt Ismail A.M.N, Pengetua SMK Seri Iskandar yang melaporkan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh sekolah pada tahun 2014 dan tahun 2015. Laporan dibentangkan bersama persembahan slide menjadikan ucapan lebih menarik dan dapat dilihat oleh penonton dengan lebih jelas butir yang hendak disampaikan.Ucapan terakhir disampaikan oleh tetamu jemputan, En. Azmi Bin Dahali, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Perak dan beliau seterusnya merasmikan majlis Anugerah Gemilang Akademik SMK Seri Iskandar 2015.

Gimik Anugerah Gemilang Akademik  turut disempurnakan oleh perasmi. Gimik pelancaran dilaksanakan dengan perasmi meletakkan tapak tangan di skrin komputer yang disediakan. Gimik yang dipaparkan menarik dan memaparkan perihal dan aktiviti yang telah dijalankan oleh sekolah.   Acara seterusnya disusuli dengan  acara penyampaian hadiah, sijil dan cenderamata  yang disampaikan oleh Encik Mahamad Ali bin Kamijis, YDP PIBG diiringi oleh En. Abu Hamid bin Meri PK Pentadbiran SMK Seri Iskandar  untuk penerima hadiah peperiksaan dalaman iaitu Peperiksaan Akhir Tahun 2014 bagi Tingkatan 1,2,4, dan kelas Pendidikan Khas. Acara penyampaian hadiah diberhentikan seketika bagi memberi laluan kepada persembahan yang kedua dari pelajar. Persembahan ini merupakan kugiran pelajar yang  memepersembahkan dua buah lagu.

        Seterusnya, acara penyampaian sijil kepada guru bagi kehadiran penuh, lonjakan mata pelajaran dan matapelajaran lulus 100%. Hadiah, sijil dan cenderamata untuk penerima cemerlang dalam Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) , Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2014 diteruskan yang disempurnakan oleh En. Azmi Bin Dahali, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Perak diiringi oleh Pn Mashitah bt Ismail A.M.N, pengetua SMK Seri Iskandar. Setelah penyampaian hadiah selesai, penyampaian cenderamata oleh Pn Mashitah bt Ismail A.M.N, pengetua SMK Seri Iskandar kepada En. Azmi Bin Dahali, dijalankan sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah.

       Walaupun ianya merupakan pengalaman pertama pihak sekolah menggunakan vanue selain dari sekolah, dengan kerjasama daripada semua pihak majlis ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.  

 

 

 

 

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Anugerah Gemilang Akademik SMKSI 2015. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free