Home

Majlis Pelancaran Program Pembangunan Sahsiah Pelajar di Antara Universiti Teknologi Petronas dan SMK Seri Iskandar

 

Pada 11 Mac 2015, bersamaan hari Rabu mulai pukul 9.00 pagi bertempat di Ruang Legar Blok Dedikasi,  termetarailah satu jalinan kerjasama antara Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang diwakili oleh Tn. Hj Muhd Noor Rosli bin Baharom, Naib Canselor, HEP, UTP  dan Pn. Mashitah bt Ismail AMN., Pengetua SMK Seri Iskandar dalam Program Peningkatan Pembangunan Sahsiah Pelajar.  Dokumen jalinan kerjasama tersebut ditandatangani dengan disaksikan oleh En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid, Penolong PPD (Sekolah Menengah) dan En. Mahamad Ali b. Kamijis , YDP PIBG SMK Seri Iskandar.

Program yang dilaksanakan ini bertujuan untuk berkongsi kepakaran daripada pihak UTP bagi mempertingkatkan sahsiah pelajar dalam bidang Kokurikulum akademik dan Kokurikulum.  Pihak UTP telah bersetuju untuk membantu melatih pelajar-pelajar SMK Seri Iskandar dalam bidang Kokurikulum seperti  bola sepak, Wushu, bola tampar, bola jaring dan ragbi. Manakala bagi Kokurikulum akademik pula pihak UTP telah bersetuju untuk membantu dalam drama komsas, perbahasan Bahasa Inggeris dan gamelan.

Dengan kerjasama yang telah terjalin , pihak sekolah berharap program ini dapat meningkatkan pencapaian murid dalam bidang Kokurikulum akademik dan Kokurikulum seterusnya merealisasikan anjakan 9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

 

 

 

 

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Majlis Pelancaran Program Pembangunan Sahsiah Pelajar di Antara Universiti Teknologi Petronas dan SMK Seri Iskandar. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free