Home

Latihan Menembak PKBM(L) Lumut 2015

Sabtu, 28 Mac 2015, Platun PKBM(L) SMKSeri Iskandar dengan kekuatan seramai 30 anggota,15 lelaki dan 15 perempuan diiringi oleh 2 orang guru, iaitu, Pn. Rose Anida binti Abdullah dan Pn. Marini binti Mohamed Raif telah mengikuti Latihan Menembak di Lapang Sasar Sultan Abdul Samad, Pangkalan TLDM ,Lumut. 

 Sebelum Latihan Menembak dijalankan, Platun SMK Seri Iskandar telah dibawa melawat ke Galeri Panglima TLDM. Sewaktu berada di galeri, Platun telah berpeluang merasai pengalaman mengemudikan kapal di dalam simulator. Selepas makan tengahari dan solat zohor, platun beredar ke lapang sasar untuk menjalani latihan menembak. Platun berpeluang untuk menggunakan senjata jenis M4.

Selesai latihan menembak target,kadet yang berjaya mengumpul mata tertinggi akan dipilh untuk mewakili negeri Perak ke Perkhemahan Peringkat Kebangsaan di negeri Sabah, pada bulan Mei, dalam acara menembak.

 

 

 

 

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Latihan Menembak PKBM(L) Lumut 2015. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free