Home

Kejohanan Balapan dan Padang SMK Seri Iskandar Kali Ke -14 Tahun 2015

  

Pada hari khamis iaitu 26 Februari 2015 berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang SMK Seri Iskandar kali ke-14 bagi tahun 2015. Pada pukul 1.45 petang, aturcara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat diketuai oleh Komander Mohd Mustadza bin Mohd Nor Rashid,Unit Pakaian Seragam dan juga rumah-rumah sukan yang menerima  tabik hormat daripada  En. Nor Azami Bin Ijam, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Unit Sukan JPN Negeri Perak. Aturcara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu 1 Murid 1 Sukan  dan  bacaan doa agar kejohanan olahraga SMK Seri Iskandar dirahmati dan berjalan lancar oleh saudara Mohd Mustakim Mirza bin Mohd Rofdzi memimpin bacaan doa.

Seterusnya ucapan aluan oleh pengetua iaitu Pn Mashitah binti Ismail dan ucapan perasmian Kejohanaan Balapan dan Padang En. Nor Azami bin Ijam, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Unit Sukan JPN Negeri Perak. Sehubungan dengan itu upacara menaikkan bendera kejohanan dan bacaan ikrar kejohanan oleh saudara Azizul bin Azmi Untuk diikuti dengan empat orang anggota kontinjen pembawa bendera rumah-rumah sukan. Selepas itu acara kejohan balapan dan padang dimulakan. Berikut adalah Keputusan pertandingan dalam kejohanan olahraga tahunan SMK Seri Iskandar kali ke-14 bagi tahun 2015. 

1)JOHAN PERBARISAN :

RUMAH SUKAN

JOHAN: SAGA

NAIB JOHAN: WAJA

KETIGA: WIRA

UNIT BERUNIFORM

JOHAN: PKBM (L)

NAIB JOHAN: PENGAKAP

KETIGA: PUTERI ISLAM

2)JOHAN MENGIKUT KATEGORI

PEREMPUAN KELAS 2

RUMAH SAGA ( EMAS- 3 , PERAK- 1, GANGSA- 0 )

LELAKI KELAS 2

RUMAH SAGA ( EMAS- 3 , PERAK- 1, GANGSA- 0 )

PEREMPUAN KELAS 1

RUMAH SATRIA ( EMAS- 4 , PERAK- 0, GANGSA- 0 )

LELAKI KELAS 1

RUMAH SATRIA( EMAS- 3 , PERAK- 1, GANGSA- 0 )

3)OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI

PEREMPUAN KELAS 2

BALQIES BT. AHMAD( RUMAH SAGA ) 

LELAKI KELAS 2

NOR FARIS B. NOR RAZALI( RUMAH SAGA )

PEREMPUAN KELAS 1

SITI WAHDINA BT ABDULLAH ( RUMAH SATRIA ) 

LELAKI KELAS 1

MOHD ALFI HAFISZUDDIN BIN ROZI   ( RUMAH SATRIA )

4)JOHAN KESELURUHAN

JOHAN: RUMAH SAGA

( EMAS- 24 , PERAK- 23, GANGSA- 7 )

NAIB JOHAN: RUMAH SATRIA 

( EMAS- 12 , PERAK- 12, GANGSA- 12 )

TEMPAT  KETIGA: RUMAH WAJA

( EMAS- 7 , PERAK- 6, GANGSA- 11 )

TEMPAT  KEEMPAT: RUMAH WIRA

( EMAS- 5 , PERAK- 7, GANGSA- 18 )

 

 

 

 

 

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Kejohanan Balapan dan Padang SMK Seri Iskandar Kali Ke -14 Tahun 2015. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free