Home

Pelancaran NILAM Pusat Sumber Sekolah & Program 2K SMK Seri Iskandar 2015

  

Pada 02 Februari 2015, Isnin Pusat Sumber Sekolah telah melancarkan Program NILAM  peringkat sekolah  di Dataran Bestari SMK Seri Iskandar pada pukul 7.40 pagi. Objektif program tersebut bagi menggalakkan murid-murid mengamalkan sikap suka membaca untuk menambah ilmu pengetahuan. Majlis pelancaran ini turut diadakan bersama dengan Pelancaran Program Kebersihan dan Keceriaan(2K) peringkat sekolah.

 

Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis iaitu,Puan Marini binti Mohamed Raif, dan disusuli dengan ucapan Pn. Nurul Rofishah binti Hj. Mohd Saad selaku Guru Penyelaras Guru Media. Selepas itu diikuti dengan ucapan daripada Pn. Aminah binti Ibrahim, selaku Penyelaras Program Keceriaan dan Kebersihan (2K) dan majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn. Mashitah binti Ismail, AMN Pengetua SMK Seri Iskandar.

Majlis telah diakhiri dengan penyampaian simbolik 2K kepada Ketua Majlis Tingkatan dan nyanyian lagu NILAM yang dipersembahkan oleh pengawas Pusat Sumber Sekolah.

  

 

 

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Pelancaran NILAM Pusat Sumber Sekolah & Program 2K SMK Seri Iskandar 2015. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free