Home

Karnival MBMMBI Kali Ke-3 SMK Seri Iskandar Tahun 2015

 

Pada tanggal 2 Mac  hingga 23 Mac 2015 yang lalu SMK Seri Iskandar sekali lagi menganjurkan Karnival MBMMBI yang melibat mata pelajaran  di bawah dua bidang iaitu Bidang Bahasa yang terdiri daripada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan Bidang Sains dan Matematik yang melibatkan semua mata pelajaran Sains seperti Fizik, Kimia, Biologi , Sains Teras, Matematik dan Matematik Tambahan. Aktiviti Karnival ini juga bukan sahaja melibatkan murid-murid di aliran perdana malah dianjurkan bersama juga oleh murid Pendidikan Khas.

Karnival pada tahun ini merupakan karnival kali yang  ke-3. Karnival MBMMBI setiap tahun mengisi takwim sekolah. Karnival dirancang dengan begitu rapi dan teliti sekali. Kerjasama padu setiap panitia mata pelajaran dalam menjayakan Karnival ini amat ketara hingga berjaya menganjurkan buat kali yang ke-3. Istimewanya juga pada setiap kali majlis perasmian, sama ada Majlis Perasmian mahupun Majlis Perasmian Penutup, Perasmi tidak akan lupa mengucapkan tahniah dan syabas lantaran berjaya menganjurkan  Satu Karnival yang begitu gah dan meriah disamping merealisasikan dasar MBMMBI seperti mana tema karnival.

Antara aktiviti dan pertandingan yang dijalankan ialah pertandingan pohon bahasa, sudut peribahasa, dendangan syair, deklamasi  sajak, menulis esei BM dan BI. Karaoke BI, scavenger hunt, spell-it-right, cross word puzzle  bagi bidang bahasa. Manakala Panitia Sains dan Matematik pula ialah  Jejak Sains ‘running  man’, Kuiz Sains Matematik dan Bijak Matematik. Manakala bagi Murid Pendidikan Khas pula ialah ‘Recycle Project – Green Earth ‘ dan Lap Book Competition. Sesungguhnya semua aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan daripada semua warga SMKSI.

Majlis perasmian Karnival MBMMBI kali ke-3 ini telah dirasmikan En.Mohd Fathilah bin Mohd Noor. SIP+ PPD Perak Tengah. Didalam ucapan beliau menaruh harapan agar SMK Seri Iskandar terus mencipta nama dalam pelbagai kejayaan lantaran Puan Pengetua Pn Mashitah bt Ismail, AMN merupakan mentee kepada Tn Hj Mohd Fathilah. Majlis Perasmian penutup pula mencipta sejarahnya kerana dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris baik ucapan aluan Puan Pengetua , Pn Mashitah bt Ismail,AMN mahupun ucapan Perasmian Penutup oleh En Mior Zaiyan bin Ashari SIC+ Bahasa Inggeris PPD Perak Tengah. Dipetik daripada ucapan beliau, ucapan syabas dan tahniah kepada para guru kerana berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti dan pertandingan. Manakala besarlah harapan beliau agar murid-murid SMKSI mengambil bahagian dan mencungkil bakat masing-masing dalam setiap aktiviti yang disertai.

Diharapkan Karnival MBMMBI akan terus dilaksanakan buat tahun-tahun akan datang disamping berjaya merealisasikan Dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris) dengan temanya Ke Arah Merealisaikan Dasar. Kejayaan  Karnival ini merupakan kerjaya semua warga SMKSI juga atas komitmen semua. 

 

 

 

 

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Karnival MBMMBI Kali Ke-3 SMK Seri Iskandar Tahun 2015. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free