Home

Majlis Pentauliahan Pemimpin Murid 2015

Pada 09 Februari 2015 (Isnin),SMK Seri Iskandar telah mengadakan Majlis Pentauliahan Pemimpin Murid kepada Pengawas Sekolah (75),Pengawas Pusat Sumber (23),Majlis Ketua Tingkatan (80),Pengawas Koperasi (16),Pengawas SPBT (41),dan Pembimbing Rakan Sebaya (88).Matlamatnya adalah untuk memberi pengiktirafan kepada semua pemimpin murid secara rasmi.Manakala objektifnya,agar pemimpin murid yang ditauliahkan akan memberi khidmat bakti kepada sekolah dengan baik.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohammad Zalkornain bin Jaafar,AMN,AMP,Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah.Di dalam ucapannya,beliau telah memberikan amanat kepada murid yang dilantik menjadi pemimpin agar menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan amanah.Istilah perkataan PEMIMPIN telah dihuraikan secara terperinci iaitu,P-perancang E-efektif M-matlamat I-ikhlas M-model 'role model' P-proaktif I-inisiatif N-neutral.

Selepas ucapan perasmian,beliau telah menyampaikan watikah dan sijil pelantikan kepada semua murid yang dilantik sebagai pemimpin sekolah bagi tahun 2015.Sesi bergambar telah dijalankan selepas watikah tersebut untuk semua unit kepimpinan murid. Warga sekolah mengucapkan tahniah kepada semua murid yang telah dilantik agar menunaikan amanah yang telah diberikan.

 

 

 

 

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Majlis Pentauliahan Pemimpin Murid 2015. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free