Home

Minggu Titian Mesra Tingkatan Empat 2015

Program ini dijalankan selama 5 hari mulai hari Isnin 12 hb. Januari 2015 hingga hari Jumaat 16 hb. Januari 2015.Kumpulan sasaran semua pelajar Tingkatan Empat Sesi 2015 dan diadakan di Dewan Peperiksaan SMK Seri Iskandar.

 

Murid-murid Tingkatan Empat yang baru naik ke sekolah menengah atas perlu didedahkan dengan maklumat-maklumat asas sejak awal lagi.  Pendedahan ini perlu supaya murid-murid tingkatan empat dapat menyediakan diri dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan baik. Penerapan dan penghayatan budaya sekolah juga perlu untuk menghindarkan perlanggaran disiplin dan peraturan sekolah. Program orientasi ini akan memudahkan murid-murid mengasimilasikan dan menyesuaikan diri mereka dengan wawasan sekolah.  Oleh yang demikian program orientasi ini perlu dijalankan agar proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan dengan baik dan berkesan.

Matlamat program ini dibuat adalah untuk mewujudkan budaya sekolah yang sihat dan harmoni di kalangan murid-murid seterusnya mampu melahirkan murid Tingkatan Empat yang berketrampilan dan bersahsiah.Di samping itu,ia akan dapat memahami dengan jelas dan menghayati budaya, misi dan visi SMK Seri Iskandar,mengetahui tentang corak dan bentuk pengajaran dan pembelajaran peringkat menengah atas,memilih mata pelajaran elektif mengikut kebolehan, minat dan bakat dan mewujudkan semangat kekitaan dan perpaduan yang jitu di kalangan murid-murid.

Adalah diharapkan para pelajar yang telah mengikuti program minggu orientasi ini akan dapat mencipta wawasan diri mengenai falsafah dan nilai yang sepatutnya ada pada seorang pelajar yang belajar di SMK Seri Iskandar.

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Minggu Titian Mesra Tingkatan Empat 2015. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free