Home

Hari Anugerah Gemilang Kokurikulum 2014

Pada 2 Oktober 2014,SMK Seri Iskandar telah mengadakan majlis Hari Anugerah Gemilang Kokurikulum 2014.Majlis bermula pada jam 2.00 petang dan kehadiran para tetamu yang terdiri daripada penerima anugerah murid-murid SMK Seri Iskandar, bekas murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum tahun 2013 dan 2014 serta ibu bapa dan penjaga mereka. Semua tetamu telah mendaftar di kaunter pendaftaran sebelum mengambil tempat di Dewan Dedikasi Blok D.

      Pihak Pengurusan Sekolah, YDP PIBG dan Naib  YDP, ahli PIBG dan guru-guru menunggu kehadiran En. Mohamad Hussin bin Mat Rashid, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Perak.Pada jam 2.30 petang, ketibaan tetamu jemputan dan beliau seterusnya menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan  unit beruniform sekolah di bawah pimpinan Encik Shahrun b Alias.Seterusnya,majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan seterusnya bacaan doa bagi mendapat keberkatan majlis tersebut.

    Puan Mashitah bt Ismail, Pengetua SMK Seri Iskandar telah menyampaikan ucapannya dengan melaporkan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh sekolah. Selepas itu,En. Mohamad Hussin b Mat Rashid, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Perak telah memberikan ucapannya dan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Gemilang Kokurikulum.Gimik Anugerah Gemilang Kokurikulum  turut disempurnakan oleh perasmi. Acara seterusnya disusuli dengan  acara penyampaian hadiah, sijil dan cenderamata  yang disampaikan oleh En. Mohamad Hussin bin Mat Rashid, kepada penerima anugerah. Seterusnya, penyampaian cenderamata oleh Pn Mashitah bt Ismail, pengetua SMK Seri Iskandar kepada  En. Mohamad Hussin bin Mat Rashid, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Unit Hal Ehwal Murid,Jabatan Pendidikan Perak sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah.

   Selesai acara penyampaian hadiah,sijil dan cenderamata.Majlis Anugerah Gemilang Kokurikulum  diakhiri dengan persembahan murid. Majlis ditamatkan dengan jamuan untuk tetamu  yang hadir.

 

 

 

 

 

 

 

 

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Hari Anugerah Gemilang Kokurikulum 2014. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free