Home

Majlis Perasmian Bulan Kemanusiaan & Kemerdekaan ke-57

Pada 18 Ogos 2014,Bidang Kemanusiaan telah melancarkan Bulan Kemanusiaan & Kemerdekaan ke-57 di Dataran Bestari SMK Seri Iskandar. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dato' Che Ri bin Md. Daud,Mantan ADUN Bota.Beliau telah memberikan ucapan berkisarkan kisah  kehidupan dan perjuangan menuntut kemerdeaan oleh tokoh-tokoh terdahulu. Tema Hari Kemerdekaan ke-57 "Malaysia:Di sini Lahirnya Sebuah Cinta",dan gimik pelancaran telah disempurnakan oleh beliau yang bersulamkan tradisi Melayu.

 

      Matlamat program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat patriotisme yang berkekalan di dalam jiwa anak-anak Malaysia.Di samping itu, bagi menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara dan memperingati tarikh kemerdekaan negara. Objektifnya ialah bagi melahirkan murid-murid yang mempunyai kesedaran yang tinggi tentang pentingnya menghargai dan memelihara kemerdekaan negara.Keduanya,melahirkan murid-murid yang kreatif dan inovatif dalam usaha untuk memperkembangkan pengetahuan dalam pelbagai bidang.Memupuk, mengamal dan memperkukuhkan nilai-nilai patriotisme melalui aktiviti- aktiviti yang dijalankan serta menghargai dan mensyukuri nikmat kebebasan negara.

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Majlis Perasmian Bulan Kemanusiaan & Kemerdekaan ke-57. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free