Home

Kejohanan Balapan & Padang Tahunan SMK Seri Iskandar Kali ke-13 Tahun 2014

Pada 26 Jun 2014,SMK Seri Iskandar telah mengadakan Kejohanan Balapan & Padang Tahunan SMK Seri Iskandar Kali ke-13 Tahun 2014. Kejohanan tersebut bermula pada jam 2.30 petang di padang SMK Seri Iskanadar yang telah dirasmikan oleh Tn.Hj. Saidin bin Osman,School Improvement Partner + (SIP+), PPD Perak Tengah.

Tn.Hj. Saidin bin Osman menerima tabik hormat kontijen perbarisan

 

           Kejohanan tersebut telah dimulakan dengan perbarisan kontijen daripada Unit Pasukan Seragam(UPS) dan dan rumah sukan iaitu Waja,Wira,Satria,dan Saga. Kemudian nyayian lagu Negaraku dan 1 Murid 1 Sukan serta bacaan doa.Seterusnya,ucapan daripada Pn. Mashitah binti Ismail,Pengetua SMK Seri Iskandar dan ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Saidin bin Osman,SIP+ PPD Perak Tengah. Selepas itu upacara menaikkan bendera kejohanan dan bacaan ikrar sukan oleh saudara Ahmad Fahmi bin Ahmad Hasbullah.

       Selepas majlis perasmian kejohanan maka acara balapan dan padang pun bermula.Terdapat 13 acara telah dipertandingkan iaitu lari 200M, 400M,dan 4x100M bagi kategori Lelaki 1 & 2 dan Perempuan 1 & 2. Kejohanan tersebut telah dimeriahkan lagi dengan acara murid Pendidikan Khas dan cabutan nombor bertuah kepada semua warga SMK Seri Iskanadar dan ibu bapa penjaga.

        Majlis penutup kejohanan telah disempurnakan oleh En.Mahamad Ali bin Kamjis,YDP PIBG SMK Seri Iskandar. Beliau telah sudi menyampaikan hadiah kepada semua pemenang yang berjaya meraih kemenangan. Bagi keputusan perbarisan rumah sukan terbaik,tempat ketiga Rumah Wira naib johan Rumah Waja, dan johan Rumah Saga. Manakala bagi perbarisan UPS terbaik iaitu tempat ketiga Pergerakan Puteri Islam,naib johan PKBM(L),dan johan Pengakap. Bagi Olahragawan sekolah lelaki  kelas 1 ialah Ahmad Fahmi bin Ahmad Hasbullah (Wira) dan kelas 2 ialah Muhd Alfi Hafizudin (Satria). Bagi Olahragawan perempuan sekolah kelas 1 ialah Najihah binti Mohd Hamidi (Saga) dan kelas 2 ialah Siti Wahdina binti Abdullah (Satria). Untuk johan keseluruhan kejohanan telah dimenangi oleh Rumah Satria,naib johan Rumah Saga,Ketiga Rumah Wira,dan keempat Rumah Waja.

        

 

 

 

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Kejohanan Balapan & Padang Tahunan SMK Seri Iskandar Kali ke-13 Tahun 2014. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free