Home

Minggu Teknik dan Vokasional Tahun 2014

Pada 30 Jun 2014, Bidang Teknik dan Vokasional SMK Seri Iskandar telah mengadakan Minggu Teknik dan Vokasional dari 30 Jun 2014  hingga  04 Julai  2014 dengan tema: ‘Transformasi Pendidikan Vokasional’. Pendidikan Teknik dan Vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. 

Gimik perasmian oleh Pn. Mashitah binti Ismail,Pengetua SMK Seri Iskandar

     Pelancaran Minggu Teknik dan Vokasional telah disempurnakan oleh Pn.Mashitah binti Ismail, Pengetua SMK Seri Iskandar. Matlamat mengadakan Minggu Teknik dan Vokasional akan dapat memberikan  pendedahan dan memantapkan penguasaan murid  dalam bidang Teknik dan Vokasional  melalui aktiviti-aktiviti terancang bagi membentuk generasi berilmu dan berpengetahuan tinggi dalam bidang teknologi dan kejuruteraan .

       Disamping itu,objektif yang diharapkan dengan terlaksananya program  ini ialah dapat menimbulkan minat serta mengukuhkan penguasaan murid dalam bidang Teknik dan Vokasional, mencetuskan kreativiti dan reka cipta  murid melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan, murid dapat dilatih dari sudut kepimpinan dan semangat bekerjasama secara berpasukan melalui  aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam Minggu Teknik dan Vokasional, memberi peluang dan ruang kepada guru dan murid  mendedahkan modul-modul kemahiran yang yang dilaksanakan oleh murid-murid di bawah bidang Teknik dan Vokasional secara lebih dekat melalui aktiviti-aktiviti atau pameran yang dianjurkan, dan memupuk minat dan mendedahkan murid dalam bidang keusahawanan melalui aktiviti jualan hasil kerja tangan murid.

      Bagi merealisasikan hasrat ini, panitia-panitia di bawah bidang ini menganjurkan pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah bidang teknologi dan kejuruteraan disamping aktiviti yang menekankan aspek rekacipta dan kemahiran berfikir untuk semua murid SMK Seri Iskandar.

Tentatif Program

TARIKH

MASA

AKTIVITI

KATEGORI

TINDAKAN

30/06/14

7.20 – 8.20 pg

Perasmian Minggu Teknik dan Vokasional

 

 

 

Ketua Bidang

Semua guru bidang Teknik dan Vokasional

25/06/14

2.30 – 5.00 ptg

Pertandingan litar Elektronik 

( KHB – KT)

Men. Rendah

Kump: 2 org

En. Baharuddin Shaid

En. Azizul bt Mohd Jabar

En. Awalluddin b. Bakri

25/06/14

2.30 – 5.00 ptg

Pertandingan Gubahan dan Lipatan

( KHB – ERT)

Men. Rendah

Kump: 2 org

Pn. Sh. Puziah  Sy. Naseri

Pn. Noorshafida Ibrahim

Pn. Shazlin bt. Shaharuddin

25/06/14

2.30 – 5.00 ptg

Pertandingan Teka Silangkata

( KHB – PK)

Men. Rendah

(Individu)

Pn. Azilawati bt Ayob

Pn. Malina Mat Desa

Pn. Hasmida Hanim bt Abd. Rahman

30/06/14

-

03/07/14

2.30 – 5.00 ptg

Pertandingan Buku Skrap

 

Men. Atas

Kump: 2 org

Pn. Hasmida Hanim  Abd. Rahman

En. Nor Azaruddin  Hussin

02/07/14

-

03/07/14

 

10.20-11.20 pg

2.30 – 5.00 ptg

Jualan pokok tanaman hiasan

 

Pertandingan ‘Explorace LN’

 

Terbuka

Kump: 3 org

En. Awalluddin Bakri

Pn. Aminah Sastro

30/06/14

-

04/07/14

 

10.20-11.20 pg

 

2.30 – 5.00 ptg

Jualan SRT

Pameran SRT

Pertandingan Mencipta Kad Hari Raya  Secara Manual

 

Men. Rendah

Men. Atas

Guru

(Individu)

 

En. Mohd Nizar Mohd Abd Jabar

30/06/14

-

03/07/14

2.30 – 5.00 ptg

Membina Model Rumah

 

Men. Atas

Kump: 2 org

En. Mohd Faizul Azri

Pn. Nurul Rofishah Mohd Saad

 

30/06/14

-

03/07/14

2.30 – 5.00 ptg

Pertandingan Membina ‘Blog : Bibliografi Pemimpin Negara ‘

Men. Rendah

Men. Atas

(Individu)

Pn. Suziriati Awang

En. Shahrun b Alias

30/06/14

-

03/07/14

2.30 – 5.00 ptg

Pertandingan Melukis Poster –

’Tajuk: Janjang’

Men. Atas

(Individu)

Pn. Rokiah bt Mat Nusi

Tn. Syed Muhammad Sy. Abu Bakar

30/06/14

 –

03/07/14

2.30 – 5.00 ptg

Pertandingan Mencipta Slogan Perniagaan

Kuiz Bertulis Perakaunan

 

Men. Atas

Kump: 2 org

(Individu)

Pn.Hjh. Salina Kassim

 

 

 

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Minggu Teknik dan Vokasional Tahun 2014. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free