Home

 

       Objektif perkhemahan tersebut adalah untuk mempraktikkan ilmu pengakap yang dipelajari semasa perjumpaan mingguan seperti persetiaan dan undang-undang pengakap, sejarah permulaan pergerakan pengakap, tabik dan isyarat hormat, istiadat menaikkan bendera dan cogan kata pengakap. Di samping itu,melatih ahli pengakap muda sentiasa berdisplin, berakhlak, bertanggungjawab dan berdikari selari dengan ajaran Islam. Selain itu, untuk mewujudkan rasa kebebasan dan seronok di kalangan ahli pengakap semasa menjalankan aktiviti yang telah dirancang.

Pembantu Perkhemahan Lencana Usaha 2014

         Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pn. Mashitah binti Ismail,Pengetua SMK Seri Iskandar pada 17 Mei 2014. Beliau merasa sangat bangga kerana ahli pengakap telah dapat menghadapi cabaran dan menamatkan program tersebut dengan jayanya. Di samping itu, beliau mahu supaya ahli pengakap akan dapat meneruskan sehingga peringkat yang tertinggi iaitu Anugerah Pengakap Di Raja.

      Perkhemahan tersebut berakhir pada jam 2.00 petang dan semua ahli pengakap telah menurunkan khemah serta mengemaskan tapak perkhemahan. 

 

 

 

 

Copyright © 2018 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Perkhemahan Lencana Usaha. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free