Sejarah Sekolah

 Pengenalan

SMKSI di buka dengan rasminya pada 2.7.2001, dengan kod AEA 8008 SM Luar Bandar Gred B.  Sekolah ini di bina bagi menampung keperluan penduduk sekitar Seri Iskandar yang selama ini bersekolah di SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub yang pelajarnya hampir mencecah kepada 1800 orang sekitar tahun 2000.  Ia juga untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar di SK Seri Iskandar yang bilangan muridnya semakin meningkat.  Tambahan pula terdapatnya 2 buah pusat pengajian iaitu UiTM dan UTP serta pesatnya pembangunan di Bandar Baru Seri Iskandar dengan pembukaan taman-taman perumahan di kawasan sekitarnya.

Perkembangan Sekolah

Pada peringkat awal pembukaannya, sekolah ini menerima 218 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan 1,2 dan 4 dan bilangan kelas adalah sebanyak 18 kelas sahaja. Guru kumpulan pertama ditempatkan disini ialah seramai 8 orang, kemudian jumlah itu bertambah menjadi 24 orang pada akhir tahun 2001. Sementara bilangan pelajar terus bertambah menjadi sekitar 950 orang (ting 1 – ting 5) pada tahun 2007.  Namun  pada tahun 2011 jumlah pelajar meningkat hampir kepada seramai 1200 orang dan 74 orang guru.

Sekolah ini menerima pelajar-pelajar daripada 4 buah sekolah rendah iaitu:-

1)SK Seri Iskandar

2)SK Felcra Nasaruddin

3)SK Suak Padi

4)SK Iskandar Perdana

Dari segi kurikulumnya sekolah ini menawarkan mata pelajaran utama di peringkat menengah rendah dan menengah atas seperti sekolah-sekolah lain di seluruh Malaysia.  Cuma pengenalan kepada mata pelajaran Vokasional ditambah kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 2001 iaitu mata pelajaran Lanskap dan Nurseri serta Seni Reka Tanda.  Begitu juga mata pelajaran Pendidikan Muzik turut diperkenalkan pada tahun yang sama untuk pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 di kelas-kelas terpilih.  Dari segi perjawatan pada tahun 2008 mula dilantik 4 ketua bidang untuk SM Gred B iaitu bidang Bahasa, Kemanusian, Sains & Matematik dan Vokasional & Teknik untuk memantapkan lagi pengurusan sekolah di SM Gred B. Mulai 8 April 2010 Kelas Rancangan Khas telah ditubuhkan dengan menempatkan seramai 54 orang pelajar tingkatan 1 dalam dua kelas.Pendidikan Khas mula diwujudkan pada Januari 2011 dengan 5 orang pelajar dan 2 orang guru.

 

 

 

 

Copyright © 2017 Portal SMK Seri Iskandar. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Copyright 2011 Sejarah Sekolah. Custom Footer text
Templates Joomla 1.7 by Wordpress themes free